Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Belasungkawa Izz Dhia Aisyah

$
0
0
28 Julai 2016 - 13 Februari 2017

Assalamualaikum,

6 bulan lebih Allah beri kami pinjam Anak Syurga Izz Dhia Aisyah bersama kami.Anak comel dengan mata hitam punya besar dan bulat.Bila tersenyum nampak lesung pipitnya.Ikut siapalah tu.
Izz Dhia Aisyah bila saya dukung mesti menangis dia hanya rapat dengan mama nya.

Malam tu pertama kali dalam seumur hidupnya Dhia tidur atas bahu saya.Dua orang kakaknya selalu nyenyak tidur di bahu.Dhia tak ada penyakit apa sihat Walafiat.Mungkin sebelum lahir Dhia sudah berjanji dengan Allah untuk bersama kami 6 bulan sahaja.




Kami Redha dengan pemergiannya cuma sedih Dhia pergi tanpa kami berada disisi.Kami sahaja yang tahu macam mana perasaannya.Sudah Qada & Qadar nya begitu.Cuma senantiasa berhati-hati dan berwaspada.Ada masa kena fikir positif dan ada masa kena fikir negatif juga.Cukuplah ucapkan Takziah kerana ucapan takziah boleh diucapkan 3 hari sahaja selepas kematian.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada family dan rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung.Juga kepada rakan sekolah, tempat kerja dan sahabat-sahabat blogger yang mengucapkan ucapan takziah.Bila masa-masa macam ini barulah kita tahu siapa kawan dan siapa sahabat.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Kita akan cuba menjadi kuat dan tabah dan menjaga amanah anak ( Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya ) daripada Allah.Harap anda dapat mendoakan kami senantiasa.Takat ini saja coretan yang mampu saya tuliskan.Saya sebak...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.