Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

8 Rahsia Yang Perlu Anda Tahu Apabila Membeli Rumah

$
0
0
Setiap kita mesti berimpian ingin memiliki rumah sendiri tanpa perlu hidup menyewa.Trend sekarang ramai anak muda sudah memiliki rumah sendiri pada usia muda.Menjadi pemilik rumah baru atau rumah sendiri bukanlah kerja mudah seperti membeli sarapan pagi terutama sekali belia atau anak muda yang tiada pengalaman.Rumah adalah pembelian jangka masa panjang sehingga 30 tahun hingga 35 tahun kita perlu memikirkannya.Anda tidak perlu terburu-buru jika sudah berkahwin boleh berbincang dengan pasangan masing-masingtentang perancangan memiliki rumah bersama.



Pembeli rumah boleh ke bank dan memeriksa nilai sebenar rumah yang anda mampu miliki.Kos membaik pulih rumah kalau membeli rumah " second hand ".Perlu menyimpan lebih kurang 15% wang pendahuluan rumah sebelum menghadapi masalah yang lebih besar.Sebelum anda ingin mengupah REAL ESTATE profesional seperti ejen-ejen hartanah dan memulakan pencarian ruma, anda perlu memastikan anda mempunyai maklumat yang cukup tentang rumah yang ingin dibeli.



8 Rahsia Membeli Rumah


Jika anda berniat untuk membeli rumah, berikut adalah langkah untuk memudahkan proses pembelian rumah anda.

Rahsia 1: Simpan wang anda di satu tempat.

Cuba elakkan dari membuat pembelian besar atau memindahkan wang anda dalam beberapa bulan, sebaiknya enam bulan sebelum membeli rumah. Adalah tidak bijak untuk mengambil risiko dengan profail kredit anda yang tunggang langgang.Pemberi pinjaman bank akan melihat anda sebagai seseorang yang boleh diharapkan dan pastinya mereka merujuk rekod kewangan untuk memberikan pelan pinjaman terbaik.Pastikan rekod CCRIS anda sihat.

Rahsia 2: Dapatkan Pinjaman Pra-lulus  untuk Pinjaman Rumah.

Dengan mendapatkan pinjaman perumahan pra-lulus bermakna pihak bank telah mempertimbangkan maklumat kewangan dan bersedia memaklumkan tentang kemampuan anda dan berapa banyak pinjaman yang boleh dilakukan. Jika anda berjaya mendapatkan kelulusan awal, ia akan menjimatkan masa dan tenaga anda dan tidak perlu ke sana sini mencari rumah yang di luar kemampuan anda. Ini juga peluang untuk anda melihat kadar faedah terbaik setiap bank. Buat kajian lebih mendalam untuk tahu lebih lanjut berkenaan bayaran pemprosesan dan memastikan tiada kos tersembunyi pada pinjaman.

Rahsia 3: Elakkan Percanggahan Sempadan

Adalah penting untuk anda melakukan tinjauan pada hartanah supaya anda tahu apa yang anda beli. Mengetahu garisan sempadan hartanah boleh menyelamatkan anda daripada percanggahan sempadan dengan jiran anda. Cukai hartanah anda juga bergantung kepada saiz hartanah anda, maka pastikan peta hartanah yang tepat dibuat.

Rahsia 4: Jangan Meramal Pasaran

Jika anda cuba meramal pasaran untuk memastikan tarikh yang tepat untuk mula membeli rumah adalah usaha sia-sia. Masa terbaik untuk anda melabur dalam perumahan bila anda jumpa rumah yang sempurna dan anda mampu memilikinya. Hartanah adalah instrumen yang makin meningkat harganya seiring ekonomi semasa.  Jika anda mahu menunggu masa yang tepat, anda mungkin makin ketinggalan dan peluang anda untuk memiliki rumah sendiri adalah tipis.

Rahsia 5: Rumah Besar Tak Semestinya Bagus

Rumah yang besar dan mewah menjadi tumpuan. Walaubagaimanapun, rumah besar tidak semestinya bagus bila bercakap tentang membeli rumah. Rumah yang besar hanya mampu dibeli oleh segelintir kecil golongan sahaja, dan anda tentu tidak mahu mengehadkan pembeli anda jika anda mahu jual semula rumah anda.Cuba memiliki rumah apartment atau rumah mampu milik dahulu kerena anda perlu menjaga rekod kewangan anda juga.

Rahsia 6: Berwaspada Dengan Kos Berbangkit

Perbezaan besar di antara memiliki dan menyewa rumah adalah berkenaan kos berbangkit. Biasanya pembeli akan menumpukan pada bayaran gadai janji, dan lupa tentang pelbagai kos lain seperti cukai hartanah, yuran kesatuan, dan utiliti. Sebagai pemilik baru, adalah penting untuk ada bersedia dari sudut kewangan terutamanya pada potensi kenaikan cukai, penyelenggaraan dan pemulihan. Pastikan belanjawan anda boleh menampung kos berbangkit supaya anda dilindungi dan hartanah anda tidak dirampas.

Rahsia 7: Anda Sendiri Membuat Pembelian

Membeli rumah bukan sesuatu yang anda patut buat dengan emosi dan nafsu. Bila anda jatuh hati pada sebuah rumah, biasanya anda akan membuat kesilapan besar daripada sudut kewangan. Anda patut tahu beza di antara emosi dan naluri. Naluri akan memberitahu anda bahawa anda membuat pilihan yang tepat dari sudut harga dan nilai hartanah.  Manakala emosi pula membuat anda obses pada warna cat atau landskap laman yang cantik. Ingat, anda sedang melakukan pelaburan, jadi bawa bertenang dan berfikir sedalam-dalamnya.Ukur baju di badan sendiri tanpa meniru gaya hidup orang lain.Fikir juga jarak rumah ke tempat kerja dan kos-kos lain.

Rahsia 8: Periksa Rumah

Adakah anda akan beli kereta tanpa periksa enjin ? Tentu saja tidakkan.. Upah pemeriksa rumah, dan anda mungkin akan jimat banyak wang di kemudian hari. Pemeriksa rumah akan memberikan anda maklumat terperinci yang boleh membantu anda membuat keputusan tepat sama ada anda mahu beli hartanah tersebut atau tidak. Jika pemeriksa menemui isu besar pada rumah tersebut, anda boleh guna maklumat itu untuk tawar menawar. Adalah lebih baik anda belanja sedikit untuk pemeriksaan daripada berbelanja besar di masa hadapan.Jika rumah yang baru hendak dibina pastikan anda membuat rujukan tentang Developer kawasan itu dan rekod-rekod mereka sebelum ni.Pastikan rekod mereka bersih dan mampu disiapkan rumah mengikut jadual.

Akhir sekali, cuba gunakan 8 rahsia di atas untuk membuat pembelian terbaik apabila mencari rumah di lamanweb seperti PropertyGuru. Ingat, jika anda ingin membeli rumah, jadikan itu keutamaan. Ini bermakna anda perlu berkorban sedikit dan ikat perut untuk mendapatkan rumah impian anda.Chill...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.