Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all 158 articles
Browse latest View live

Harga RON95 Dan Diesel Naik Tapi Pam Minyak Yang Rosak

$
0
0
Di Facebook dan Twitter kecoh petang semalam kerana harga minyak Ron95 naik.Ada yang kata khabar angin tidak kurang juga yang mengiakannya.Akhirnya desas desus berita jam 8 malam mengesahkan harga RON95 dan Diesel naik 20sen tengah malam 3 September 2013. 

"  PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini. Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel."

Di Malaysia kalau bab harga minyak naik rakyat Malaysia memang sangat sensetif.Nak menyesal pun harga tetap naik.Kebetulan memang malam itu aku nak keluar jadi isi minyak jugalah.Isi minyak di Shell Plus Sg Besi,memang beratur panjanglah masa ini.Yang aku angin tu biar gambar di bawah berbicara.



Baru pukul 10 malam kot ada notis ditampal di pam ' Minta maaf RON95 rosak sebarang kesulitan amat dikesali '.Ini memang aku kesal sangat.Aku tak perasan notis ini dah bayar di kaunter tengok notis itu aku terus minta duit balik nak isi kat stesen minyak lain.

Alih pergi isi minyak di stesen minyak lain ada pulak RON95.Itu pun beberapa pam sahaja yang ada RON95.Apa maksud itu sebelum pukul 12 malam pam rosak pulak,mungkin 12 malam juruteknik dia baru datang baiki kot.So Lu Pikir le sendiri beb !!



WW : Tinggal Sejarah

$
0
0





Ps : Tiket bas apa ? Di mana operasinya ?

Kelebihan Ninetology U9X1

$
0
0
Pernah dengar smartphone jenama Ninetology ? Secara jujur ini pertama kali aku dengar nama Ninetology.Jika tidak ditaja oleh Ninetology untuk mencuba smartphone Ninetology U9X1 selama seminggu aku tidak berpeluang untuk merasai kelebihan smartphone ini.Lagipun ada orang nak tahu pasal smartphone ini.So aku cuba untuk memberi yang terbaik !

Ninetology adalah syarikat daripada Malaysia.Mereka telah mengeluarkan 3 jenis model smartphones, model U9X1, U9Z1 dan U9Z1+.Dengan skrin bersaiz 4.8 inch, kamera 13.0 Megapixel dan Quad Core 1.2 GHz memberi kepuasan kepada muda-mudi dalam segmen Android.Walaupun tidak sehebat jenama terkenal seperti Samsung tapi agak berbaloi dengan duit yang dibelanjakan.Jom kita selidik serba sedikit tentang U9X1 ini berbanding Samsung S3.


Spesifikasi Ninetology U9X1



Technical Specification
Saiz69.9mm (Lebar) x 137.8mm (panjang) x 10mm (ketebalan)
Berat160 Gram
Sumber KuasaBateri (2200mAh) 
Stand by Time lebih 400 hours
• Mod Aktif : Lebih 8 jam
Operating SystemAndroid 4.2
Display- Saiz 4.8 inch
- Resolution 720 x 1280 HD
- Teknologi Super AMOLED HD,IPS Touch Screen,309 ppi
- Manual Pengguna x
- Camera : ( Rear ) 13.0 MP , Front Camera 2.0 MP 720p HD
Rekabentuk


Sama tapi tak serupa dengan Samsung S3.Sekali imbas seperti Nexus S.Bucu bulat dihujung seakan sama.Begitu juga butang depan seperti Samsung.


Di bahagian belakang U9X1 menggunakan plastik yang sangat nipis untuk mengeluarkan bateri,simkad dan kad memori.Kekurangan susah nak buka bahagian belakang ini untuk mengeluarkan bateri dan simkad.Rosak kuku apabila dibuka.



Samsung S3 mempunyai ketebalan 8.6mm dan U9X1 lebih tebal iaitu 10mm.Walaupun smartphone ini tidak terlalu nipis, tapi apabila memegangnya tidaklah terlalu tebal dan tidak terlalu besar untuk dimuatkan di dalam poket seluar.Kalau tapak tangan kecik tak dapatlah nak menolongnya.
Kelihatan paparan 4.8 inci Super AMOLED HD lebih kecik daripada yang sebenarnya.


Ciri-Ciri

Walaupun skrin yang agak besar 4.8 inci ia tidaklah susah untuk digunakan dan sangat selesa bila digenggam.Menggunakan resolusi 720 x 1280 HD.Simpanan dalaman sebanyak 16GB dan U9X1 mempunyai dwi-sim yang menyokong dua kad sim 3G ini bermakna kedua-dia kad simboleh menggunakan 3G dan rangkaian data HSDPA.


Apabila ada panggilan hanya satu simkad yang akan aktif.Sim lain tidak dapat menerima panggilan atau membuat panggilan sehingga diletakkan.




Kesimpulan


Outdoor : Siang


Outdoor : Malam


Outdoor : Malam

Smartphone Ninetology U9X1 berharga sekitar RM1099 yang ditawarkan.agak mahal sikit berbanding segmen seangkatannya.Boleh terlepas pandang kelemahan kecil untuk smartphone.Paling ketara kesusahan membuka cover belakang untuk mengeluarkan bateri ataupun simkad.Kamera bising apabila ditangkap atau aku yang tak tahu setting.Paling menarik smartphone ini mempunyai flashlight, rasanya tak pernah tahu pun smartphone lain ada flashlight.


Aug 27, 2013 |Unboxing by faizalpj on Keek.com




Live Apple's New iPhone Event

Khidmat Bas Merah Dihentikan

$
0
0
Mulai 1 September 2013 perkhidmatan bas Red Omnibus ( Bas Merah ) dihentikan.Aku tak terkejut sangat sebab sebelum ini dah tahu kerana ada beberapa laluan bas ini dihentikan, hanya tertumpu perjalanan dari Parit Buntar - Bagan Serai - Taiping dan sebaliknya.

Siapa anak jati yang tinggal di Daerah Kerian dan Larut Matang mesti tahu Red Omnibus Co Sdn Bhd ini atau lebih dikenali Bas Merah ( Bas Loncat ).Syarikat bas ini beroperasi sejak tahun 1938 ( sebelum Merdeka ) memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat pekan Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai dan laluan lain.

Dikatakan bahawa pengusaha bas menghentikan perkhidmatan kerana mereka tidak mampu untuk menampung perbelanjaan operasi bulanan walaupun dengan dana yang diberikan oleh Kerajaan.

Credit http://calvin-myjourney.blogspot.com

Kenangan terindah

 Tiket Bas Merah


Kredit to Azben Skymmar


Damia Tak Sakit Apabila Bersunat

$
0
0
Semalam genap usia Damia 4 bulan dan bawa Damia pergi khatan ( bersunat ) dan cucuk di Klinik Famili Dr.Wan Kamariah.Ingat lelaki sahaja bersunat ? Serius dalam kepala otak ingat hanya lelaki sahaja bersunat dan perempuan bersunat masa lahir hari itu.

Aku pun tak perasan bila masa Dr tu sunat Damia,tengok dah siap Dr tu kata.Aku tengok Damia tak menangis pun.Tak sakit ke Damia apabila sunat ? Aku pun berfikir.Tapi bagus jugak senang sikit kerja tak perlu memujuk Damia.Aku tahu Damia seorang anak yang kuat merujuk kepada maksud Izz ( kekuatan ).


Terlalu awal sangatkah Damia berkhatan ? Ikut nasihat Dr elok bersunat semasa bayi nanti taklah aktif sangat bayi tu menendang sana sini.Ada juga bayi selepas lahir dan bersunat.Tak tahu pula paling lewat bersunat bagi anak perempuan.Sunat anak perempuan bukannya macam anak lelaki kena berpantang dan kenduri kendara.Anak perempuan lepas sunat dah boleh berjalan.Dr guris sikit saja,sekejap sangat sampai tak perasan.

Seronok pula tengok gelagat Damia masa mula-mula nak sunat.
Muka macam terperangat sikit

Tengok saja orang

Memang suka tengok kelibat orang

Muka cuak ke apa nie

ok selesai dah.




Sharing is caring dari Ustaz Zaharudin :


Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.



Angkara Pemandu Cilik Di Parit Buntar

$
0
0
Mula dapat berita ini ajak terkejut juga sebab ini berlaku di kampung aku Parit Buntar.Kawan-kawan Whatsapp yang hebohkan perkara ini.Berlaku selang beberapa rumah dari rumah kawan aku di Taman Kerian,Parit Buntar.

Ini semua angkara pemandu cilik yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum tidak sengaja memasukkan gear undur dan melanggar adiknya yang berada di belakang kereta.Si adik yang berusia 2 tahun menemui ajal dalam keadaan terduduk secara melutut manakala kedua-dua belah tangannya memegang selipar.

Tragedi menyayat hati ini berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.Ini terjadi apabila si abang telah mengambil kunci kereta Mazda tanpa disedari oleh ahli keluarga lain.Aku rasa seram dengar berita ini.Dalam keadaan apa sekali pun kita sebagai orang dewasa mesti berhati-hati.


Kesan percikkan darah jelas kelihatan pada dinding rumah
Sedih mendengar berita ini








WW : Shopping Di Lazada


Ninetology Kearah Yang Lebih Berdaya Saing

$
0
0
Jika anda salah seorang yang telah merebut peluang rebat RM200, make jenama ini tidak asing lagi bagi anda. Antara yang terawal menyambut dan menyahut penggunaan rebat RM200 untuk produk-produk mereka, kini Ninetology kembali memberi lebih khidmat kepada para pengguna teknologi serba baru.

Pada 30 Ogos 2013, Ninetology Malaysia melancarkan Flagship Touch Point bertempat di pusat membeli-belah dan gaya hidup berteknologi negara, Plaza Low Yat.

Selain mempamerkan produk, Ninetology Flagship Touch Point juga akan menjadi tempat  para pengguna boleh mempelajari cara-cara menggunakan telefon pintar untuk memperkayakan kehidupan dan minat mereka.Ia juga bertindak sebagai hab belia dan budaya dimana penyebaran kebudayaan maju yang dipupuk Ninetology dapat dilaksanakan.


Upacara pemotongan riben telah diadakan bagi melancarkan Flagship Touch Point pertama. Memeriahkan upacara adalah pasukan pengurusan Ninetology Malaysia, terdiri daripada Sean Ng ( Ketua Pegawai Eksekutif ), Marco Beh ( Ketua Pegawai Operasi), Shian ( Ketua Pegawai Kewangan), Vijian Chan ( Ketua Pegawai Pemasaran) , Eddy Tay ( Ketua Bahagian Saluran),Michael Lee ( Pengurus Besar, Pengurusan Harta dan Operasi Plaza Low Yat) dan selebriti seperti Z-Chen, Iqwal Hafiz, dan Sasi the Don.
Awal dua bulan lepas, Ninetology barjaya melancarkan siri U9 di Hilton Hotel, KL. Dengan teknologi terapan-kuasa 'Unite-as-One mereka mempersembahkan tiga model baru, iaitu X1, Z1 dan Z1+. Untuk lebih maklumat, para pengguna boleh melayari www.ninetology.com/u9


Siri telefon pintar U9 disertakan dengan memori dalaman 16GB ROM / 1GB RAM, sesuai untuk menonton video, bermain game serta kandungan lain juga dengan menggunakan  Android 4.2 dan MediaTeck MT6589 1.2Ghz Quad-Core Processor. Saiz skrin adalah 4.8 inci ( X1), 5.7 inci (Z1) dan 5.5 inci ( Z1+).





Sean Ng Chee Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology marketing Sdn Bhd. menyuarakan bahawa mereka berbesar hati bekerjasama dengan MediaTeck Inc., salah satu syarikat semikonduktor tanpa fab utama bagi komunikasi tanpa wayar dan digital media. Beliau juga menyatakan bahawa kini mereka ( Ninetology) merupakan kedua terbesar dalam pemasaran saham gajet mobil dan kini harap dapat mengukuhkan lagi posisi Ninetology juga merebut peluang mendapatkan jumlah saham yang besar dalam kategori Telefon Pintar Premium.





 Penyanyi Mandopop Malaysia, Z-Chen, yang popular di Taiwan serta diberi nama julukan 'R&B Little Prince' terpilih sebagai duta produk ini. Anatara iklan-iklan produk U9 dengannya adalah dibawah:






Bagi blogger-blogger yang berminat untuk mengulas mengenai telefon pintar siri U9, boleh menjenguk Tech Kaiju Arena Program untuk maklumat lebih lanjut dengan menghantar nama anda, link blog, email dan nombor telefon kepada publisher@ninetology.com seawal yang boleh. Hanya yang terpilih akan dihubungi. Terma dan syarat dikenakan. Program ini akan berterusan hingga December 2013.

Ketua Pegawai Digital, Ninetology Marketing Sdn. Bhd ( kedua dari kanan) memperkenalkan program pengulasan gajet khusus terhadap blogger Malaysia -Tech Kaiju Arena. Dari kiri ialah penyampai TraxxFM Radio, Kevin Chong, blogger quachee.blogspot.com, Quah, dan Mark O'Dea untuk London Boys.

Seronok Membeli Belah Di Lazada

$
0
0
Wow dunia semakin maju nak membeli-belah hanya di hujung jari tak perlu lagi nak pergi ke shopping complex.Aku syorkan korang membeli-belah secara online di Lazada.Service penghantaran memang terbaik.Memang penghantaran 3 hari waktu bekerja tapi disebabkan tiada di rumah itu yang lambat sikit baru terima.

Pernah dengar Lazada ? Salah satu pilihan untuk membeli-belah secara online.Al maklumlah bila dah bekeluarga ini cari barang untuk bayi dan mak bayi lah kan.Untuk diri sendiri letak tepi dulu.Tanpa fikir panjang terus masuk kategori 'Baby Products'

Sangat mudah hanya pilih barang yang dikendaki,tapi sebelum tu kena daftar dulu dengan Lazada untuk memudahkan pembelian.Mereka akan beri email makluman selepas pendaftaran berjaya.Klik sahaja barang mana yang dikendaki dan akan masuk cart, In Terms of Payment,mereka akan beritahu langkah selanjutnya nak bayar melalui kad kredit,debit atau cash on delivery ataupun Paypal..












Disebabkan aku dapat baucer dari Lazada, aku cuma tambah RM0.80 untuk barang dibawah.









Masa mula masuk laman website Lazada mata aku jadi rambang banyak sangat pilihan.Risau juga sebab ada sesetengah website shopping online tak banyak barang untuk dibeli.Kira macam tak ikut kehendak pelangganlah.Nasib le dapat certain amount baucer blogger kalau tidak memang dah borong sakan.


Sebagai penguna aku pentingkan harga yang dipaparkan ada diskaun ataupun tak.Aku juga akan bandingkan harga di website dengan harga di pasaran.Kalau berbaloi untuk aku why not aku pilih shopping online.Kalau korang beli melebihi RM50 untuk kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang kos penghantaran PERCUMA.

Sebut pasal penghantaran, pengguna yang shopping online memang menitikberatkan tentang servis penghantaran.Kurier memang sampai pada masa yang dikendaki dan mereka akan telefon apabila barang siap untuk dihantar.








Tadaa barang pun dah sampai dalam keadaan baik dan aku berpuashati dengan service yang diberikan.Boleh dipercayai bagi first time beli shopping online.Bagi aku harganya murah dari pasaran seperti Breastmilk Storage Bottles dan Cloth Diaper.Apapun pandai-pandailah korang selidik harganya kalau murah why not beli melalui Lazada Malaysia.

Apa lagi JOM SHOPPING DI LAZADA !!


Harapan Untuk Bajet 2014

$
0
0
Pembentangan Bajet 2014 akan diumumkan pada hari ini 25/10/2013 pada pukul 3 petang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sudah tentu rakyat Malaysia tertunggu-tunggu saat pembentangan Bajet 2014 ini.Adakah rebet SmartPhone ataupun BR1M akan dinaikkan ?



Adakah Bajet INI akan dipertingkatkan ? Aku bukanlah pakar Ekonomi dan sebagai rakyat Malaysia aku juga punya harapan dan impian agar memberi faedah kepada seluruh Rakyat Malaysia tidak hanya kepada golongan tertentu sahaja.


Apa harapan aku dalam Bajet 2014 ini ?

Harga Rumah

Kerajaan harus mengawal harga rumah di pasaran ataupun tetapkan harga siling untuk pembeli rumah.Sekarang harga rumah macam tak masuk akal susah untuk golongan pertengahan untuk membeli rumah.Lebihkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar dan beri keutamaan kepada golongan berpendapatan sederhana.Mengawal golongan asing dari membeli rumah di Malaysia.

Pengangkutan

Tingkatkan infrastruktur pengangkutan awam samaada Bas,Komuter,Teksi dan seangkatannya.Rasanya setiap tahun disuntik belanjawan dalam pengangkutan awam tapi aku masih tak nampak perubahan ketara.

Harga Kereta

Turunkan harga kereta Hybrid ataupun Elektrik.Secara tak langsung pengguna boleh menjimatkan petrol dan pencemaran udara.Ini tidak bermaksud akan terjadi lambakan kereta di atas jalan kerana bagi aku kereta penting untuk perjalanan jauh dan untuk pekerja yang selalu ' oustation '.

Subsidi Barang Keperluan

Walaupun kerajaan mengurangkan subsidi untuk barangan tertentu tapi bagi aku subsidi ini penting juga untuk golongan yang amat memerlukan bukan untuk golongan kaya.Sekurang-kurangnya kerajaan dapat mengawal harga barangan kawalan bukan masa hari perayaan sahaja.

Harga Rokok

Tak kisah nak naikkan berapa pun.

Sektor Swasta

Diharap Kerajaan tumpukan perhatian untuk pekerja swasta juga sebab pekerja swasta juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia.Jangan dianaktirikan.Tak tahu boleh dilaksankan ke tak !

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Tambah syarat kelayakan untuk BR1M.Tinggal di kota besar perlu diambil kira juga.

Peruntukkan untuk memerangi jenayah

Dalam keadaan jenayah yang makin berleluasa kerajaan perlu ambil perhatian serius dalam jenayah dalam negara.Jangan ambil sambil lewa.Nyawa orang tidak boleh dijual beli.Perlu jeling ke negara sebelah.Perlu ditambah untuk menambah baik pasukan beruniform.

Rasanya setakat itu sajalah kot.Ada perlu ditambah ke ?
Tunggu sahajalah berita baik untuk Rakyat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014 ini.



Tip Memberi Bayi Makan ' Solid Food '

$
0
0
Rasa kasihan apabila aku makan Damia asyik tengok macam nak terkam aku sahaja.Kadang makan sorok-sorok sebab tak mahu Damia nampak.Tapi sekarang usia Damia menghampiri 6 bulan dan Damia dah bersedia untuk makan ' Solid Food '.

Sebab nak ' test market ' punya pasal bagi Damia makan kurma dan ais krim batang sikit.haha.Laju saja dia makan.Sejak lahir sehingga enam bulan ibu digalakkan memberi minum susu badan,selepas enam bulan susu badan sahaja tidak akan memberi bayi nutrien yang mencukupi terutama zat besi oleh itu makanan pejal lain diperlukan.


Ramai ibu yang silap hanya memberi makanan pejal berbentuk buah-buahan sahaja.Bagus juga apabila kami kenal sister Nurse di KPJ Kajang.Dalam whatsapp sahaja dia beri tip-tip untuk memberi makanan pejal kepada Damia.

Kami dah cuba tiga resepi dari sister Ju setakat ini ubi madu + nasi ( di blend ) menjadi kesukaan Damia.Lobak Merah + Nasi ( di blend ) dan Sayur Bayam + Nasi ( di blend ) ikut mood kadang Damia suka kadang tak suka.


Mula-mula bagi sikit demi sedikit tengok di luahkan atau tak kalau dia suka beri lagi sekali sehingga habis.Tapi awas jangan paksa bayi korang nanti di tak suka langsung.Lepas itu bagi air suam sikit.Damia sekarang suka buat bubble kat mulut dia.Tah apa-apa.


Senang sahaja kalau nak tahu bayi dah sedia untuk makanan pejal.Dengan syarat tunggu sehingga 6 bulan untuk memperkenalkan makanan pejal takut risiko buruk yang tidak dijangka terhadap makanan sebelum 6 bulan.

Boleh cuba lihat kepada panduan ini :

1) Kalau kita tengah makan, dengan khusyuknya bayi kita akan renung tajam gile.
2) Mempunyai berat badan 2 kali ganda dari waktu dilahirkan.
3) Memasukkan jari ke dalam mulut kadang lebih dari satu jari.Macam lahap sangat.
4) Apabila diacah dengan sudu atau tangan dia akan membuka mulut ( nganga )
5) Kebolehan mengerakkan lidah atas dan bawah.Yang ini memang Damia otai siap gulung lidah lagi.Aku pun tak boleh buat.
6) Bayi mencuba mencapai sudu, pinggan dan mangkuk

Apa itu " Baby Weaning " ?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid yang bertekstur halus.

Boleh cuba juga resepi ini ( iluvsuperstore ) :

Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan  
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

Pertama Kali Ke KL Festival City

$
0
0
Hai,

Hari ini pertama kali ke KL Festival City di Setapak.Pertama kali juga update blog guna ipad macam dah live blogging plak.

Tingkat 1 KL Festival City
          
Dah 6 bulan anak dara ni
   
Tadi pergi cucuk Damia di Klinik berdekatan terus pergi Mali Corner untuk terjah makan Nasi Lemak Ayam dan Char Kiew Tiew.Lepas itu terus ke KL Festival City.

Apa lagi yang menarik di sini ye ??


Sunyi Tanpa Faizal Bin Ismail Di Hot FM AM Krew

$
0
0
Hari ini terasa sunyi tanpa Faizal Bin Ismail di Hot FM AM Krew.Tidak sebelum ini pagi-pagi dengar juga celoteh Faizal Bin Ismail di AM Krew.Setelah 8 tahun terasa janggal bila suara ' itu ' tidak kedengaran.
Paling terkesan dengan Panggilan Hangit.

Hangat lagikah Hot FM ?


Jom layan Luahan Hati rakan sekerja FBI di hari terakhir FBI ke udara di Hot FM AM Krew

Hari terakhir FBI di AM Krew

Polis Mencari Remaja Hilang Di Villa Nabila

$
0
0
Kenapa mesti Nabila bukan Salsabila ?
Merujuk kepada Laman Facebook PDRM,Polis sedang mencari Remaja Hilang di Villa Nabila.Sekiranya anda pernah melihat atau mempunyai maklumat mengenai remaja yang hilang ini, bolehlah menghubungi Insp. Jarjit Singh ( Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Johor Bahru Selatan ) ditalian 016-3355719 atau Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Hotline Rakan Cop Polis Johor 07-2212999 / SMS - POLISJOH ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Butir-butir orang hilang adalah seperti berikut :

1. NAMA : MOHAMAD IZZAT IZZUDIN BIN HUSSIN
2. JANTINA : LELAKI
3. UMUR : 16 TAHUN
4. BANGSA : MELAYU






Kenali Kediaman Villa Nabila


Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf
Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf
Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
Dan kalau nak tengok Video Villa Nabila, boleh tengok yang kat bawah ni.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf
Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.

Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.

Misteri Villa Nabila


Setakat ini pelbagai kisah tentang Villa Nabila tersebar di media sosial.Ada yang kata masuk 30 orang dan hanya 7 orang yang dapat keluar dari Villa itu.Seperti maklumat di atas,Polis sedang mencari 1 orang yang hilang.Apa pun biar pihak berwajib yang melakukan siasatan selanjutnya.

Sumber : Rakan Di Johor


Update :

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.



Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf

Keputusan Sementara Operasi Pasar Kemboja Parit Buntar

$
0
0
Sebelum ini timbul kekecohan apabila Majlis Daerah Kerian ( MDK ) menukar hari operasi Pasar Kemboja di Permatang Tok Mahat dekat Parit Buntar daripada Hari Jumaat dan Isnin kepada Hari Sabtu.Ini berikutan rungutan daripada penduduk setempat yang tidak selesa dengan kesesakan lalu lintas pada hari persekolahan.

Untuk makluman Pasar Kemboja bertentangan dengan Sekolah dan juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang dan Perak.Oleh itu perlu keputusan bersama antara Majlis Daerah Kerian ( MDK ) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ).Keputusan sementara operasi Pasar Kemboja telah ditetapkan hanya boleh beroperasi pada Hari Sabtu.

Notis Pemberitahuan


Penduduk di sekitar Pulau Pinang dan Perak Utara memang tahu pasal kewujudan Pasar Kemboja.kalau tak tahu itu memang bukan orang utara lah.Nak cari tudung Fareeda,blaus dan pelbagai barang wanita lain inilah tempatnya.Sesuai bagi peniaga yang ingin memborong,beli sehelai memang mahal sikit paling minimum beli 5 helai baru dapat harga borong.

NAK TAK ubah bisnes anda, dari biasa-biasa ke level lebih tinggi ?


Kenapa namanya Pasar Kemboja ? Sbb kebanyakan peniaga2 di sini berasal/keturunan dari Cambodia/Vietnam/champa.Barang-barang yang dijual mmg kebanyakannya diambil dari Vietnam.. 

Contoh harga blouse di shopping kompleks RM45, kalau disini blouse yang sama hanya berharga RM25.Itu belum masuk tudung 3 layer atau 2 layer aku pun tak paham sangat paling maksimun berapa layer tudung ini.

Tudung Fareeda Made in Pasar Kemboja

Lagi gambar-gambar di SINI.Dah cuba Nasi Lemak Kuning Parit Buntar ? 

Bayaran Komisen AgenAffiliate Kali Ke-2

$
0
0
Bayaran komisen AgenAffiliate.com kali ke-2 telah dimasukkan ke akaun Maybank.Alhamdulilah rezeki walaupun tak sehebat Sifu Affiliate ini yang mendapat bayaran Jobdirumah kali ke-83.Kali ke-83 beb bukan kali ke 38.Siapa kata tak boleh buat duit dari Internet.

Dengarnya target komisen ke-100 sampai hujung tahun ini.Mudah-mudahan.Amin..

Komisen terbaru dari Job Di Rumah

RM25 pun duit jugakan.Siapa nak bagi ?

Kepada yang teringin buat duit dari Job Di Rumah boleh daftar di sini
>> JOB DI RUMAH

Untuk makluman AgenAffiliate ( Kliks Solution ) akan terus masukkan komisen terus ke akaun anda
( Maybank ).Kalau bank lain ambil masa 3 hari bekerja untuk ditunaikan.itu yang syok tak payah tunggu lama-lama.

# Dengarnya Syasya Solero dah jadi artis rakaman.

Resepi Puding Strawberi Laici Dangdut

$
0
0
Macam comel saja apabila lelaki perkasa buat pudingkan.Kali ini resepi Puding Strawberi Laici Dangdut.Kenapa Dangdut ? sambil buat itu pasanglah lagu dangdut.Resepi asal dari buku '365 resepi istimewa dari Chef Hanieliza'.

Resepi Puding Laici Dangdut telah diolah oleh aku sendiri dengan memasukkan buah Strawberi.Ubah itu saja pun.huhu.Resepi senang bolehlah buat.Setakat ini sukatan dalam buku itu memang menjadilah.Tak mau letak gambar lebih-lebih berselerak.

Puding Strawberi Laici Dangdut

Resepi Puding Strawberi Laici Dangdut

Bahan-bahan

> 1 tin buah Laici
> 4 biji buah strawberi dipotong kecil
> 2 cawan gula
> 1 paket agar-agar
> 2 liter air
> 1 tin susu cair

Cara-cara

Masukkan 2 liter air ke dalam periuk bersama-sama gula dan agar-agar.
Biarkan sehingga mendidih.Sambil kacau.
Lepas mendidih tutup api gas.
Masukkan air laici dan susu cair.
Kacau sehingga sekata.
potong kecil strawberi dan laici dan letakkan di dalam bekas.
Masukkan bahan dalam periuk ke dalam bekas yang telah disediakan.
Biar hingga sejuk dan boleh masukkan ke dalam peti ais.
Ok dah siap.Boleh pi makan keesokkan harinya.Selamat mencuba !

Pendaftaran Online Program Rumah Idaman Rakyat SPNB

$
0
0
Syarikat Perumahan Negara Malaysia ( SPNB ) memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM.Setiap rakyat di Malaysia pasti berkeinginan ingin memiliki rumah sendiri.Rumah sudah menjadi sebagai keperluan penting bagi yang dah berkahwin dan bekeluarga.

Anda boleh membuat permohonan secara Online untuk Program RMM di laman web SPNB.

Pendaftaran Online Program Rumah Idaman Rakyat

Program dari SPNB ini sangat bagus bagi golongan yang berpendapatan individu tidak melebihi RM7500 sebulan atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.Pembeli haruslah Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas.


Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya ( OKU ) dan Ibu Tunggal.Saya telah pun mendaftar dan memilih di Negeri Perak kerana setakat ini hanya projek di negeri Kedah, Perak, Pahang, Melaka dan Johor sahaja.

Pendaftaran amatlah mudah dan isi apa yang dikendaki.Sekiranya anda berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB, boleh mengisi borang di SINI.

Info Rumah Idaman Rakyat

- Harga jualan rumah di antara RM70,000 ke RM250,000.Manakala unit kedai tidak melebihi RM1,000,000.

- Konsep pembangunan adalah bercampur.

- Jenis rumah :
   > Banglo sesebuah
   > Rumah berkembar
   > Rumah Teres
   > Apartment ( minimum 5 tingkat )
   > Unit Kedai

Oleh itu bagi yang berkelayakan apa lagi berdaftarlah sekarang.Berharap agar pihak SPNB dapat memperbanyakkan projek di negeri lain selain 5 negeri di atas. 


Belum ada Lawyer boleh guna khidmat Lawyer Hartanah


16 Fakta Menarik Tentang Bayi

$
0
0
Tahukah anda 16 fakta menarik tentang bayi ? Sejak ada anak pertama ini banyak benda juga saya telah tahu tidak sebelum ini tak ambil kisah sangat.Bulan ke bulan macam-macam pael bayi yang kita kan belajar.Tahu cara macam mana nak bagi bayi tidur, nak mandikan bayi, kenapa bayi menangis.

Setakat ini kalau Damia menangis ada 3 sebab iaitu bila dia betul-betul lapar, menangis nak tidur dan apabila Damia buang air besar.So far Alhamdulilah Damia baik dan senang nak diuruskan.Tapi bila jumpa orang baru Damia kena ambil masa untuk sesuaikan diri.


Izz Damia Aqilah baru lahir.

Betulkah Kita Mendidik Anak ? Ada Teknik untuk mendidik anak !


Apa itu 16 fakta menarik tentang bayi, boleh rujuk di bawah :

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Subhanallah...


SUMBER
Viewing all 158 articles
Browse latest View live