Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all 158 articles
Browse latest View live

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama

$
0
0
10.12.11 setahun sudah berlalu, Usianya baru setahun jagung tapi pelbagai cabaran dan dugaan diharungi bersama.Tarikh di mana aku memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami kepada seorang isteri yang bernama Nor Izee.



Semenjak kau hadir dalam hidupku, tiada lagi keresahan, kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedar hingga ku izinkan.Kau yang bernama cinta.Kau yang memberi rasa.Kau yang ilhamkan bahagia.Hingga aku terasa indah, maaf jikaku tidak sempurna.Tika bahagia mula menjelma.Bila keyakinan datang merasa.Kasih disalut dengan kejujuran.Mencintai dirimu.Merindui dirimu.Memiliki dirimu.In Shaa Allah hingga ke Surga ikatan kita.
Wahai Tuhan Kami, anugerahkan lah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. ( Al-Furqaan : 74 ).


Our Anniversary's a very special day because it's a celebration of everything wonderful in our life together....

Macam-macam dah kita lalui sepanjang setahun ini sebagai suami isteri.Macam-macam juga kita belajar apabila hidup berpasangan ini.Semuanya perlukan kesabaran dan kekuatan.Syukur Alhamdulilah diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang murah.Alhamdulilah InShaa Allah kasih sayang kita akan bertambah tahun depan, dulu berdua tahun depan bertiga sebagai tanda kasih sayang kita.Kita akan terus belajar.


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA, SAYANG !

Tergamam Dengan Abang Ensem

$
0
0
As salam,

Tahun 2012 akan menutup tirai tidak lama lagi.Apa perancangan anda di tahun baru 2013.Dicanang di dalam blog dan facebook rupa seakan Aaron Aziz akhirnya dapat juga aku ketemu Abang Ensem yang mempunyai badan berketak-ketak.Tergaman dengan Abang Ensem apabila menghadiri satu mini seminar hartanah anjuran AE Consultancy Services.

Nampak 6 pax tak ?

Alhamdulilah aku tidak keseorangan kerana blogger Superman ini pun ikut sama.So kami pun pergi berdua bertolak seawal 7.30pagi.Sepatutnya aku dah pergi sebelum ini tapi disebabkan kekangan masa yang mencemburui asyik bertangguh saja nak ke seminar hartanah ini.

Akibat dipujuk rayu dan kata-kata manis Abang Ensem hati aku berkobar-kobar untuk menjadi sebahagian daripada anak muridnya.Walaupun sebelum ini pernah jumpa di Bangi.Seperti diberitahu di sini peserta seminar AE bukan sahaja di Malaysia tetapi ada yang datang dari Kota Singa dan juga dari Sabah.

Pada pandangan peribadi aku, keistimewaan seminar AE ini berjalan dalam keadaan santai, sempoi dan mudah untuk beginner paham.Pada masa yang masa diselitkan ayat-ayat gatal, untuk yang alergi ayat-ayat gatal bolehlah tutup telinga.

Bayangkan dalam usia 23 tahun beliau telah terjebak dengan ilmu hartanah ini.Hasilnya sehingga sekarang beliau mempunyai 14 buah rumah dan 1 unit komersial.Beliau bermula dengan gaji sekitar rm1700 sahaja pada masa itu.Terkedu bila mendengar lantas aku terfikir zaman sekarang boleh ke ?.Semua tidak mustahil jika ada ilmu.

Untuk pengetahuan, talk ini untuk beli hartanah secara sub-sale sebab ini semua berdasarkan pengalaman beliau sendiri.Talk berkisarnya dari cara mencari rumah, nak buat loan sehinggalah dapat rumah itu.Ada juga diselitkan rumah lelong dan juga rumah under-con.Ada juga cara mudah dapat loan, nak dapatkan rumah bawah harga pasaran, cara nak nego dengan penjual dan macam-macam lagi.Tak terfikir dek akal, nak tahu info tentang rumah boleh ke Pejabat Agama ( Bahagian akad dan cerai ) kerana menurut AE ada kawan dia dapat rumah di situ disebabkan bergaduh suami isteri mereka jual rumah sendiri.Peluang di mana sahaja kita yang kena pandai merebut peluang.

Ikutkan kalau nak cerita memang banyak ilmu yang diperolehi oleh itu untuk merasai sendiri ensem ke tak abang ensem ini korang bolehlah mendaftar Seminar Hartanah beliau di sini.Rasanya lagi berapa seat untuk dipenuhi sebelum pendaftran ditutup.

Pada masa yang samaBeautifulnara.com pun join sekali seminar hartanah ini.Dan sempat jugalah aku berborak dengan beliau.Disebabkan ada event lain tak dapat redmummy.com join plak.



beautifulnara.com

Apa ayat gatal lagi nie


Antara yang hadir Seminar hartanah Abang Ensem

Barisan blogger dari kiri eizil.com, coretananuar.com, fazrol.com, abangensem.com,
 beautifulnara.com, faizalpj.com
dan sharidawati.blogspot.com

# Kredit gambar Abang Ensem dan Fazrol

In Shaa Allah tahun depan akan mengorak langkah untuk memiliki rumah.Doakan yerr.Tahun depan juga mempunyai perancangan untuk memajukan diri..

WW : Goldcrest Pavilion ( GCP ) - Testimoni

$
0
0


                                               Tertinggal satu digit nombor telefon pulak
                                               Faizal : 019.6401493
          

Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog

$
0
0
Pergghh daripada tajuk ' Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog ' pun sudah menunjukkan aku MESTI memuji tuan punya Blog Abang Ensem setinggi-tingginya.Kalau diikutkan muka Abang Ensem seirang Aaron Aziz seperti yang dicanang seantero alam maya.







Sebelum ini nama Abang Ensem begitu asing bagi diri aku, Aku kenal pun melalui Blogger ini setelah aku berbincang dengannya berkenaan aku ada berhasrat ini membeli rumah sekitar 4 bulan lepas.Beliau yang memperkenalkan aku supaya hadir ke seminar Hartanah yang bro AE anjurkan.

Pertama kali bertemu dengan Abang Ensem semasa seminar Wordpress anjuran Denaihatidan Eizil.Begitu banyak halangan dan cabaran akhirnya bulan Disember 2012 aku diberi kesempatan mengikuti seminar hartanah oleh Abang Ensem.

Seminar di bangi


Seminar hartanah Abang Ensem

Untuk tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem ada syarat-syaratnya :

  1. Like fanpage AE
  2. Buat satu entri di bawah tajuk ‘Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog'
     
Sebab utamanya :

Jika korang tak pernah terjah blog Abang Ensem adalah menjadi satu kerugian disebabkan pelbagai info-info tentang hartanah yang korang akan tahu.Kerugian ini akan terhapus jika korang hanya sekadar ingin menatap wajah Aaron Aziz.

Jika korang ingin mengikuti seminar hartanah yang santai dan POYO sambil ingin melihat ketak dan juga kepak Abang Ensem korang boleh hadiri Seminar Sembang Sub Sale Abang Ensem.Banyak ilmu baru yang aku dapat untuk beginner seperti aku semasa seminar ini.

Sebab paling utama adalah kerana blog Abang Ensem semakin popular dan aku ingin menjadi sebahagian daripada kepopularan beliau.Trafik dianggarkan 800 - 1100 unique visitors ( UV ) setiap hari.Paling musykil aku pelik isteri Abang Ensem tak baca ke blog dan Facebook beliau sebab pelbagai ' ayat-ayat ' manis memikat awek-awek.

Aku juga ini tempias ensem beliau datang kepada aku.huhu.Manalah tahu dapat masuk Bisnes Alternatif ke di kemudian hari seperti beliau.Siapa yang belum tengok Abang Ensem di Astro Awani boleh layan video di bawah.



Terima Kasih kepada Abang Ensem kerana memberi peluang kepada kami meluaskan network.Semoga maju jaya dan kita kaya dan berjaya dunia akhirat.

MX230 Di Mid Valley

$
0
0
Hari minggu yang lepas saya dan isteri pergi ke Mid Valley untuk membeli sebuah Blender.Selalunya berjalan bersama isteri, bila ada Modem MX230 di dalam genggaman ini saya akan bawa ke mana sahaja.Di dalam kereta pun saya online menggunakan MX230.Kepuasan ber online memang memuaskan.

Cuba online menggunakan iPad.Ini signalnya

Signal bergantung kepada coverage tempat itu.




Untuk menguji kekuatan coverage P1 MX230 ini aku cuba gunakan di dalam tempat yang tersorak di dalam bangunan tingkat 2 Aeon.Hasilnya kurang memuaskan tetapi masih boleh buka cuma loading gambar itu lambat sikit.

Setakat ini MiFi ini tidak mengecewakan aku apabila aku berada di luar.Rasa macam nak online senantiasa sahaja apabila keluar walaupun waktu itu isteri tengah shopping.Kena marah itu biasa.Kenapa anda patut memiliki MiFi MX230 ini.

> Seseorang yang senantiasa berdampingan dengan tablet dan smartphones dan mahu senantiasa online.Kelebihan kepada keluarga yang mempunyai anak ramai dan semuanya memiliki smartphones.

> Ahli perniagaan dan orang-orang yang bekerja di pelbagai lokasi memerlukan sambungan internet untuk urusan rasmi.

> Oleh disebabkan P1 4G Wifi ini peranti yang boleh menyambung sehingga 8 peranti anda sudah jimat kerana tidak perlu melanggan pelbagai pelan mudah alih.



Ini jawapannya kenapa anda perlu MiFi dari P1

iPhone 5 Gadget Impian

$
0
0

STICKY POST :)

Update : Hari last untuk contest iPhone 5 Gadget Impian.Pelbagai cara dah kaedah untuk bergelar juara.Cuba sedaya never give up.Kebenarannya Network mesti besar.

Produk Apple ? Siapa yang tidak kenal dengan produk dari Apple.Oleh sebab hadiahnya iPhone 5 lah aku join contest ' iPhone 5 Gadget Impian ' dari Denaihati.Selepas isteri memiliki iPad keinginan untuk memiliki smartphone idaman hati iPhone 5 pula begitu membuak-buak.Walaupun Samsung mengeluarkan produk terkini seperti Samsung S3 dan juga Samsung Note.Tak terdetik hati untuk memiliki produk Samsung buat masa ini.


Untuk makluman, Bro Denaihati ada menganjurkan contest gadget impian.Aku pernah pegang iPhone 5 masa aktiviti seminar Menahan Nafas.Kami diberi 2 tugasan untuk melayakkan kami menyertai contest ini

1. Pasang button G +1 di blog anda.Blog tanpa button G +1 automatik terkeluar daripada saingan. 


2. Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :
  • Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
  • Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.



Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati

Kenapa aku minat iPhone 5 ?

Orang gila je kalau tak minat iPhone 5 ini.huhu.Aku tak nak ketinggalan menjadi di antara pemilik terawal iPhone 5 di Malaysia.Sudah tentu dapat kemudahan hubungan 'free' di antara iPad (isteri) dan juga iPhone 5 aku nanti.Tidak lupa juga fungsi synchronize di antara produk Apple.

Malu juga apabila bro Denaihati dan Blogger Otai ini kata blogger perlu ada smartphone supaya senang untuk update semasa seminar Denaihati Wordpress Private Training.Tak mahu toleh ke belakang lagi untuk menambah koleksi produk terhebat Apple.Aku sudah JATUH CINTA dengan APPLE.


Tugasan terbaru dari Denaihati :

   Syarat-Syarat
  1. Peserta boleh mengubah suai kandungan entri penyertaan tetapi tidak boleh mengirim entri baru.
  2. Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.
  3. Masukan ayat berikut di akhir entri penyertaan. “Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my
  4. Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.

 Tugasan-Tugasan


 1. Tugasan Pertama : Cabaran G +1. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak   mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan anda.

 2. Tugasan Kedua : Cabaran SEO. Tempatkan blog anda antara top 10 di Google.com dengan keywords “iPhone 5 Gadget Impian“.

 3. Tugasan Ketiga : Undian Pembaca. Akan ada entri khas.

 4. Lima Top Blogger Malaysia akan menilai blog top 10 berdasarkan design, kandungan dan kesungguhan.
Semua tugasan akan ditutup tepat jam 11.59 pm, 24/12/12.

Oleh itu saya meminta jasa baik rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang melawati agar dapat klikGoogle + ini dan tinggalkan komen supaya saya pun dapat membantu klik Google+ anda.



Keikhlasa anda didahului dengan ucapan terima kasih dan hanya Allah yang dapat membantu.Ringankan tangan untuk klik G+ saya yerr.

Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my


Ada Apa Dengan MX230

$
0
0
Ada apa dengan Modem Wifi MX230 ? Best sangat ke, connection dia lancar ke, Laju ke kalau nak download movie atau lagu.Itu mungkin persoalan yang bermain di minda setiap orang yang belum melanggan pakej ToGo dari P1.

Bagi aku yang sudah 3 minggu memiliki modem ini amat puas hati sampaikan rasa nak campak modem P1 Home dalam tong sampah saja.Ini dari pengalaman aku sendiri dah le kelajuan MX230 ini superb ditambah pula boleh bawa ke mana-mana sahaja, ringan dan paling best bila wife pergi shopping aku boleh melayari internet di mana sahaja.haha


Signal merah semasa di dalam bangunan Aeon Jusco Maluri

Tipulah kalau aku katakan kelajuannya senantiasa laju.Ia bergantung kepada tempat coverage P1 le tapi walaupun signal nya merah tapi tak menghampakan untuk melayari internet.Setakat nak browse Facebook dan Twitter itu celah gigi jer..

Kuasa bateri MX230 pun boleh tahan dalam 4 jam sepanjang aku online di luar dan menurut rakan-rakan blogger aku jika menggunakan 6 device dalam satu masa kuasa baterinya boleh tahan lama.Aku tak berkesempatan nak cuba sampai 6 device mungkin di lain masa P1 beri lagi pinjam modem untuk review boleh le cuba.

Online dalam perjalanan ke rumah kenduri.Signal hijau tu.

Semasa di Aeon Maluri

Apa yang boleh dikatakan memang terbaik bagi korang yang mempunyai segala macam tablet dan smartphones.Boleh melayari internet di mana sahaja.Tak perlu lagi bertanya kepada tuan punya kedai mamak ' macha apa password wireless di sini '.

Tapi pastikan dulu wilayah P1 di tempat anda.Barulah masyuk nak online.



                                             
Kenapalah lembab sangat P1 Home aku nie kata tak bayar bil bayar kot tiap bulan.Best juga kalau dapat tukar modem sekarang ke MX230.
          

Aksi Pemenang Bertuah Sepetang Bersama Blogger 2013

$
0
0
Ini semua poyo ! Aku tak kira nak upload juga gambar menang cabutan bertuah Sepetang Bersama Blogger 2013 walaupun bukan menang basikal, Ipad Mini atau pun Iphone 5.Dah lama tak menang cabutan bertuah sejak 2010 iaitu menang 1st prize TV Pensonic 24 inci.

Menang Cabutan Bertuah  Tajaan Broframestone

Semasa ambil hadiah itu di atas pentas sempat lagi kak Siti Rokiah berbisik sesuatu kepada aku.Apakah ?
huhu.Nak bagi bisnes jual tudung kot.Baeek punyerr..



Biar gambar berbicara :

Sedondon plak warna merah.Broframestone

Kacak tak ? Bersama Bonikacak

Rebuild Gaza For A Nation.Kak Roshidayu  ( Nasi Kerabu )

Mantop Live Performance dari Bro Zarul

Ambil aura pemenang iPhone 5 Bro Eyriqazz

Wife bersama Jejari Runcing.Nampak bolat le.

Wah menang iPad Mini tu Mak Dara.Bertuah betul meja itu kan.
Siap Mak Dara tanya Wife berapa bulan lagi tu.

Apapun tahniah kepada Denaihati Network kerana dapat menganjurkan Majlis yang cukup mantop, aturcara yang tersusun rapi dan pelbagai ilmu yang dapat diperolehi di sini.Apa yang boleh dikatakan sungguh 'awesom' apabila Denaihati Network berjaya mengumpul 100++ blogger Nusantara dalam satu majlis.Terima kasih juga kepada orang-orang di sebalik tabir dan AJK yang dapat membantu melancarkan majlis ini.

Mata aku terpaku apabila saudara Sani Araby Al-Kahery ( Malaysian Consultative Council For Islamic NGOs ( MAPPIM ) ) berkongsi kisah hidup dan mati beliau semasa berada di Gaza, Palestin baru-baru ini.Dalam hati terdetik bagaimanalah perasaan dan keadaan aku apabila berada di zon perang.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Team Denaihati Network.Diharap tahun depan dianjurkan lagi majlis seumpama ini untuk mengeratkan silaturrahin sesama blogger.Harap tahun depan menang lagi cabutan bertuah yang lebih hebat.Amin





                                             
Gusi terasa bengkak tengah menahan sakit sampai ke kepala ini.Adakah ini disebabkan demam penangan Sepetang Bersama Blogger 2013 ( SBB2013 ).Minta maaf  jika tidak sempat bertegur sapa dengan blogger semua.Siapalah saya.Saya pemalu.huhu.
          

WW : Akhirnya Hasrat Tertunai

Sakitnya Apabila Gusi Bengkak

$
0
0
Salam Jumaat,

3 hari lepas pergi ke Klinik Nazreen untuk rawatan Gusi bengkak.Dah seminggu menderita sakit gusi bengkak tak tahan apabila sakitnya sampai ke kepala boleh pening-pening dan loya.Macam mengandung pulak.






Aku pun pelik dengan masalah gusi ini.Mungkin benda baru bagi aku masalah gusi ini.Mungkin ada nak senasib dengan aku.

Selepas rawatan apa yang diberitahu oleh Doktor gigi bawah aku sudah hentam itu gusi lelangit atas dah.Itu yang mengakibatkan gusi aku bengkak.Pelik juga tak betul ke susunan gigi aku ini.huhu.Buat sementara ini Doktor buat acuan getah untuk dipakai semasa tidur bagi mengelakkan gigi bawah terkena gusi atas.



Alhamdulilah tak rasa sakit gigi macam Blogger INI.Tapi rasa gusi sahaja yang bengkak.Jika perkara ini berlarutan Doktor suruh datang untuk tindakan selanjutnya dan mungkin untuk mengatasi masalah ini doktor cadangkan aku buat braces atas removable dan bawah fix braces.

Buat masa sekarang memang terasa lagi sakit gusi.Bila makan benda keras lagi terasa sakitnya.Nak makan pun macam tak lalu.Jika berlarutan memang kena pergi Klinik Pergigian Nazreen lagi le.

 Klinik Nazreen terletak di alamat :



Klinik Pergigian Nazreen
No.44A, Jalan ST 1C/4,
Medan 88,
Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang,Selangor.
 Telefon +603-87062269 ( Isnin - Jumaat 9pg - 7ptg & Sabtu 9pg - 5ptg )



                                             
Wife pun risau jika aku pakai bracec.Katanya tak tajam ke besi itu.Siapa ada pengalaman menggunakan braces boleh kongsikan pengalaman di komen.Nak tahu juga feedback korang.
          

Keistimewaan Minda Aktif

$
0
0

Alhamdulilah baru dapat bungkusan Pos Laju yang dikirimkan oleh Ustaz Noehas.Syukran untuk Minda Aktif ini.Tak sangka dapat juga Minda Aktif ini sebab Ustaz beritahu percuma untuk 18 orang sahaja.Rezeki cipta dialog di dalam Group FB Denaihati.


Terima Kasih Ustaz Noehas

Menurut Ustaz Noehas Arradhi, memang bagus sangat kepada ibu mengandung kerana ia dapat membina minda bayi.Sesuai sangatlah untuk wife yang sarat mengandung 7 bulan.Setakat ini wife makan kismis dan kurma termasuklah susu Anmum Materna.Tak sabar nak suruh wife makan.

Coklat Minda Aktif ini memang sesuai untuk semua golongan.Keistimewaan yang tercatat di botol itu sangat teruja antaranya :

> Meningkatkan I.Q kanak-kanak dan dewasa.
> Meningkatkan Immuniti, mengekalkan kecergasan.
> Aktif sepanjang hari.

Antara Testimoni oleh pengguna Minda Aktif di dalam flyers





Ibu-ibu pasti pening kepala apabila anak malas belajar, susah paham pelajaran, susah bangun tidur, susah dengar nasihat dan lembab In shaa Allah dengan izin Allah Minda Aktif 9A Plus dapat meningkatkan kekuatan minda.

Antara khasiatnya lagi adalah :

1) Menjadikan minda dan cara pemikiran lebih positif.
2) Sesuai bagi individu yang bekerja di bawah tekanan dan komitmen tinggi.
3) Mudah bangun tidur dan mengurangkan berat badan serta awek muda.
4) Badan lebih cergas, aktif dan bersemangat serta membina kekuatan mental dan fizikal.
5) Menjana daya tahan dan daya juang yang tinggi.
6) Merawat sistem darah, sistem saraf dan sistem imun tubuh.

Cara pemakanan :

1-5 tahun : 1 biji ( 2 kali sehari )
8-11 tahun : 1 biji  ( 3 kali sehari )
Dewasa : 2 biji ( 3 kali sehari )

Jadi sekiranya ada yang berminat untuk membeli secara online boleh layari laman web  www.mindaaktif.com 

atau hubungi Ustaz Noehas 013-7939005.Harga RM41 bagi semenanjung Malaysia dan RM45 Sabah & Sarawak tidak termasuk kos pos.Kandungan 130 biji setiap botol.


                                             
Sodap juga bila hisap pil yang rasa masam-masam manis nie.
          

WW : Pedih Mata Tengok Benda Ini

Gatal Sangat

$
0
0


Tengah pening-pening buat Autocad saja gatal tangan pergi usik Header yang sedia ada.Ok ke tak ?
Tak tahu le bakat seni aku ini macam mana.

Jambatan Dekat Lebuhraya Putrajaya/Cyberjaya Runtuh

$
0
0
Terkejut juga baca status rakan-rakan di Facebook, Jambatan dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya runtuh.Biar betik.Ada juga jalan ini apabila nak pergi ke Putrajaya.Memang ada ternampak ada pembinaan di situ.
Ala  jambatan berdekatan Putrajaya Link berhampiran Selangor Science Park 2.



Kejadian ini baru sebentar tadi berlaku, setahu tiada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan jambatan ini.Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku.



Runtuhan berpunca daripada paip pecah.Pengguna tegar laluan ini dinasihatkan mencari laluan alternatif.Pengguna boleh merujuk laman web PLUS untuk maklumat lanjut.

Solat Jenazah Di Hari Jumaat

$
0
0
Alhamdulilah baru selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya tadi (1/3/2013).Selepas sembahyang Jumaat imam mengumumkan akan menjalankan solat jenazah bagi warga tempatan yang meninggal dunia di situ.So aku pun tunggulah untuk mengerjakan solat jenazah.Secara tak lamgsung aku terasa insaf dan sebak juga di dalam hati.


Oleh itu aku terasa seperti perlu kongsi dengan semua tentang cara Solat Jenazah.Mungkin ada yang terlupa Fardhu Kifayah ini jom kita ingatkan termasuklah diri aku ini.Mana yang sudah tahu jadikan sebagai ulangkaji kita.

Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :

الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.


Kredit : Ustaz Nor Amin
Panduan lengkap di SINI 


Cara Ringkas Solat Jenazah


1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
  • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
  • Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"

  • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad

  • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"

  • Baca doa

  • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia

  • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

  • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 

  • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan

  • Selesailah Cara Ringkas Solat Jenazah




                                             
Pilihanraya PRU13 belum pasti tarikhnya tapi Meninggal dunia itu PASTI.Setiap yang hidup pasti akan MATI.Ya Allah senantiasa ingatkan diriku yang kerdil ini.Amin
          

Video Terkini Situasi di Lahad Datu

$
0
0


 Semoga semuanya selamat.Amin.




Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di kampung Tanduo di sini, hari ini.Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan pencerobohan bersenjata dari Filipina ketika sedang berkawal satu daripada pos di sekitar kampung itu.-Bernama-






Al-Fatihah buat Insp. Zulkifli..Terkorban di Lahad Datu dalam misi mepertahankan negara..Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Sedih melihat anak-anak beliau yg masih kecil..mari kita sama-sama sedekahkan Fatihah buat pejuang kita yg telah terkorban & mendoakan keamanan dan kejayaan buat para pejuang negara di Lahad Datu..Amin.. Al-Fatihah


WW : Mahsuri Dalam Kenangan

TravelEurope London Part 1 - Impian Tercapai

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur Alhamdulilah akhirnya impian tercapai untuk kami (honeymoon) travel ke London dan Paris dengan rombongan Cik Kiah.huhu.Perancangan Allah lebih Hebat daripada perancangan manusia.Alhamdulilah kami selamat pergi dan selamat sampai ke tanah air Malaysia ( ingat dah pilihanraya ).

Jauh perjalanan luas pemandangan.Perjalanan kami sekeluarga bermula di Stesen ERL Bandar Tasik Selatan dianggarkan pukul 4petang 7 March 2013.Tiket seorang dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA RM26.50.

ERL Bandar Tasik Selatan

Perjalanan dengan ERL mengambil masa dalam 35 minit.Sampai di KLIA lebih kurang pukul 5 petang dan terus check in.Dalam perjalanan dari rumah hingga ke check in pelbagai dugaan berlaku hanya kami sekeluarga dan Allah yang tahu.Tidak perlu diceritakan rasanya.Tapi syukur semuanya selamat.Untuk makluman,jika bawa surat doktor untuk ibu mengandung boleh diterima.Mula-mula cuak juga takut MAS tak lepas naik penerbangan.Syukur.


Check passport dan thumb up

Pemeriksaan Kastam

Menaiki Aerotrain ke gate C1-37

Penerbangan tepat jam 7.30ptg berlepas ke Hanoi dengan menaiki Vietnam Airlines dan Transit di Hanoi.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam ke Lapangan Terbang Hanoi.Lebih kurang seperti AirAsia.Berehat sebentar 2 jam di Hanoi sebelum Menaiki Boeing Vietnam Airlines ke London.Pertama kali penerbangan terus hampir 13 jam dari Hanoi ke London Gatwick.Taklah rasa bosan sebab boleh layan movie dan tidur.Akhirnya impian tercapai untuk melihat filem yang direkomen oleh Blogger INI

Selamat tinggal Malaysia

Waktu sebelum bertolak

Tak sah kalau tak posing di dalam kapal terbang

Transit sebelum penerbangan ke london Gatwick




Bersambung entry seterusnya selepas ini pengalaman pertama kaki menjejak kaki ke bumi British yang mempunyai undang-undang seperti Malaysia sebab Malaysia pernah dijajah oleh Orang Inggeris.Stay tuned..

WW : Royal Albert Hall

TravelEurope London part 2 : Menjejak Kaki Di London

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

EntrySEBELUM INI.

Lebih kurang 9 pagi kami sampai di London.8 jam beza waktu di Malaysia dan London.Kepala pun pening tengok waktu apabila tiba di London.Alhamdulilah Allah memberi kesempatan aku ke Kota London pertama kali.Seperti bermimpi kami sekeluarga dapat menjejak kaki ke London.Boleh diibaratkan ' honeymoon ' kami bertiga di United Kingdom.

Tour Leader CK Loh telah mengingatkan kami supaya bersedia dengan dokumen perjalanan,tiket pergi balik dan seangkatannya supaya senang melepasi kawalan Imigresen di London.Undung-undang di sini memang ketat ambil gambar sebelum pemeriksaan Imigresen pun dilarang.Macam-macam soalan yang ditanya oleh Pegawai Imigresen di antaranya tinggal di mana,lepas London hendak ke mana dan macam-macam lagi..Nasib baik aku dah trim janggut takut disangka Osama Laden pula..Cuaca di Lapangan Terbang London boleh tahan sejuk ditambah hujan pagi itu dianggarkan suhu 20 darjah celcius.

Hotel di depan Airport.

Satu hari dibawa berjalan di Kota London sebelum pergi makan di waktu petang..Layan dulu gambar-gambar sepanjang perjalanan di Kota London untuk hari pertama.


Chelsea or Fulham
Haiwan ternakan

Rumah Inggeris

Tesco Extra 24 jam

Megane
Tiga benda yang menampakkan Kota London adalah bas 2 tingkat,Telefon warna merah dan Teksi yang begitu klasik.Itu yang diberitahu oleh Tour Leader.Cara pemanduan di UK juga seperti di Malaysia sebelah kanan.Jika perasan papan tanda pun lebih kurang di Malaysia.Malaysia pernah dijajah oleh british oleh itu sedikit sebanyak ada persamaan tapi kita olah undang-undang mengikut acuan kita tersendiri.

Bas Dua Tingkat di Kota London

Telefon Awam di London

Serius sejuk sangat kebas muka.Teksi klasik

Tidak lengkap rasanya kalau datang ke Kota London tak menaiki London Eye dan bergambar dengan David Beckham.





Apabila sakan berjalan tak terasa lapar pula.Sampai petang barulah kami makan di Restoran Melur.Tidak sukar untuk mencari masakan halal di UK.Diberitahu owner Restoran Melur dulu orang Johor sebelum diambil alih oleh owner orang Kedah.Tekak tak terasa asing sangat sebab masakan orang Utara kan.Restoran Melur terletak di Edgware Road ( boleh rujuk DISINI ) menghidangkan makanan Malaysia dan Indonesia.Masakan Kari dia memang terbaik.Pekerjanya pun ramah belaka termasuklah pekerja berambut panjang itu.

Restoran Melur

Perut kenyang mata pun rasa mengantuk.Kami check in di Holiday Inn Berkeley Street, London.



Bersambung selepas ini : Pengalaman naik Tube ke Batu Keras ( Hard Rock ) macam LRT kalau di Malaysia tapi lebih maju.Stay tuned....


Viewing all 158 articles
Browse latest View live