Plasenta atau Uri adalah ' sarung ' yang terbentuk di dalam rahim ketika proses kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin dapat oksigen dan makanan daripada ibunya.Senang cerita macam rumah dan tempat bermain bayi di dalam perut le.Aku yakin pasti ramai ibu bapa yang menyerahkan menguruskan uri kepada bidan,ibu ataupun nenek.Ini adalah pengalaman menakjubkan apabila menguruskan Uri bagi bapa yang baru menerima kelahiran.
Hari ini genap Izz Damia Aqilah 2 bulan.Alhamdulilah aku sendiri yang menguruskan uri dua bulan lepas.Sebelum itu dah baca macam mana cara nak menguruskan uri mengikut syariat Islam yang sebenar jadi aku yakin boleh melakukannya.Macam-macam juga aku baca cara turun temurun menguruskan uri ada yang memasang lilin pada waktu malam selama 7 malam untuk mengelak kejadian pelik menimpa bayi.Ini bukan ajaran Islam yang sebenar.
Disebabkan gembira sangat, malam 12 Mei baru aku berpeluang menanam uri walaupun Damia lahir 3.25pagi pada hari yang sama.Oleh kerana uri sebahagian daripada tempat bayi ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan di merata-rata bagi mengelak di makan anjing atau binatang lain.
Apa yang aku dipahamkan setiap kaum ada cara menguruskan uri mengikut cara kaum itu tersendiri.Apa yang aku perlukan asam jawa dan garam bagi membuang lendir.Uri adalah darah lendir yang keluar semasa melahirkan anak.Asam jawa digunakan untuk membuang bau hanyir dari menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.
Bersihkan uri dari lebihan darah dan cuci sebersih-bersihnya.Menurut petua mak, tiada doa khusus untuk menguruskan uri hanya membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W semasa mencuci uri.Selepas itu barulah dibalut dengan menggunakan kain putih dan dimasukkan ke dalam bekas disedaiakan.
Tapi sekarang tak perlu risau kerana dengan RM35 boleh dapat dah set menguriskan uri yang berada di pasaran.Tak silap dalam itu ada mengandungi garam,asam jawa,periuk tanah,kain putih dan sarung tangan getah.
Itu adalah pengalaman pertama aku menguruskan uri dan In Shaa Allah legasi ini akan diteruskan.
![]() |
Gambar sekadar hiasan. |