Pejam celik pejam celik kita makin dimamah usia.Esok kita In shaa Allah akan bertemu Ramadhan sekali lagi.Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kita masih dipanjangkan usia dipertemukan Ramadhan pada tahun 1434H.Alhamdulilah tahun ini aku menyambut Ramadhan Al-Mubarak bertiga bersama puteri sulung Izz Damia Aqilah.
Mengikut perkiraan puasa 10 Julai 2013 dan Hari Raya akan jatuh pada 8 Ogos 2013.Ini bermakna kita akan berpuasa selama 29 hari.Sebelum memasuki bulan Ramadhan jom kita niat di Bulan Ramadhan dahulu pada malam ini.
nawaytu shawma ghadin,’an adaa`i fardhi als-syahri ramadhaana haadzihi als-sanati, li `allaahi ta’aalaa
' sahaja aku berpuasa pada pada esok hari di bulan Ramadan kerana Allah Taala '
Doa Berbuka Puasa/Iftar allaahu mma, la ka shumtu, wa bi ka `aamantu, wa ’alaa rizqi ka `afthartu, bi rahmati ka yaa `arhama `alr rahimiyna
Sayangnya Allah kepada kita, begitu banyak ganjaran yang dikurniakan sepanjang bulan Ramadhan hanya kita yang perlu merebutnya.Antaranya adalah seperti di gambar di bawah
Kredit Gambar : http://honeykoyuki.blogspot.com/
Setiap kali menjelang Ramadhan salah satu isu yang kedengaran sembahyang Terawih 8 rakaat atau 20 rakaat.Perlu Tazkirah ataupun tiada Tazkirah.Orang Melayu akan berdepan dengan 3 isu lazim yang kadang-kala membawa kepada pertengkaran yang tidak perlu.
# Aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga diharap kita dapat mendoakan keselamatan Umat Islam di Mesir.Ampun maaf dari kami sekeluarga.Ya Allah, Kau kurniakan Kami kekuatan supaya tergolong di antara umat-umatMu merebut ganjaran-ganjaranMu di sepanjang Ramadhan kali ini