Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Bufet Murah Iftar Sesama di Bangi Golf Resort 2019

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti tahun-tahun yang lepas apabila menjelang Bulan Ramadhan Bangi Golf Resort mengambil kesempatan untuk mengajak insan-insan tersayang untuk berbuka ' Iftar Sesama ' di sini dengan pakej berbuka yang termurah di Selangor.

Kebun Dalam Bandar

Tahun ini konsep ' Kebun Dalam Bandar ' akan menjadi satu kebanggan Restoren Bangi Golf Resrt dengan mengetengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.Seperti biasa pengunjung disediakan buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu sehingga ke hidangan Barat.




Kepada penggemar Nasi Kerabu tidak dilupakan, yang istimewanya ulam-ulam organik dipetik sendiri oleh chef-chef BGR di kebun sendiri enak dimakan bersama serunding kelapa ikan,kuah sambal tumis,keropok ikan,ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman.

Menu wajib kalau ke Bufet Ramadhan mesti terkam dulu Kambing Bakar.Eksklusif sepanjang Ramadhan aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api ditambah Sup Kambing Mamak mengamit sellera pengunjung selain Satany Ayam dan Daging serta Kueh Teow Goreng dan Mee mamak dimasak sendiri di depan mata pengunjung.




Di bahagian masakan India pula.Rasa aku ini menu terbaru sebab tahun lepas macam tak ada menu masakan India.Dengan tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus.




Tidak ketinggalan yang jenis tekak Barat pula, Tekak anda akan cair dengan keenakkan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espurna yang dimasak segar selain sajian Pasta kegemaran keluarga Spaghetti dan Penne dengan Sos Bolognese ayam atau carbonara.


Tak lengkap berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak.Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama boleh membuatkan perut pengunjung boroi dengan tiba-tiba.Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta kuih muih Melayu termasuk Kuih Lapis, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.







Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan.


Minggu lepas aku bersama keluarga berpeluang mencuba menu-menu yang disediakan dan apa boleh dikatakan semua menu yang disediakan boleh membuat perut anda senak dan sangat enak.Hari itu juga disajikan dengan Durian Musang King dan D24.Bagi yang belum tau lagi berkenaan status halal, dimaklumkan bahawa makanan di sini disahkan Halal oleh JAKIM yang mana Bangi Golf Resort Restaurant telah menerima pentauliahan HALAL ini sejak tahun 2009 lagi.Jom layan gambar-gambar semasa Iftar Sesama dilancarkan tu.













.
.
.

Di bulan Ramadhan kita digalakkan menderma oleh itu BGR ingin berkongsi Pahala dengan pengunjung.Selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ).Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu berkaitan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

Dalam usaha untuk memenuhi janji untuk senantiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga selesai, BGR juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.Restoren BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation meyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada yang memerlukan.


Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.BGR juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung.Menambah baik kemudahan surau dan tandas.Selain itu disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat : No.1 Persiaran Bandar,Bandar Baru Bangi, Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaaan : 1700 81 8557

Email : enquiry@bgrrest.com

Laman Web : http://www.bgrrest.com

Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort

Instagram : @bangigolfresortofficial






Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.