Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Dashing Anytime EDT Serlah Aura Lelaki Sejati

$
0
0
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selain tampil kemas dan segak, lelaki sejati juga mementingkan penampilan diri yang wangi dan kemas.Oleh itu, masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat di sekeliling.Dashing Anytime EDT adalah jawapan untuk menyerlahkan Aura Lelaki Maskulin dan sejati.Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan memakai pewangi berulang kali dalam sehari.  



DASHING Anytime EDT


Dashing jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi bagi golongan Lelaki.DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja. 

 



Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1.      Cool
   Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.


2.      Active
    Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3.      Ultimate Kick
    Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam           urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif,                menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah      pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


4.      Hattrick
    Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

    semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

    sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Bagi peminat Dashing, Dashing Anytime EDT dijual pada harga RM7.00 dan kuantiti 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. Pendapat aku Dashing memenuhi keperluan jejaka pada zaman moden ini kerana pewangi ini boleh dibawa ke mana-mana saja.Macam aku yang setiap minggu jogging dan bekerja di tempat panas ini satu benda yang aku takkan tinggal macam saiz wallet kan.

************
Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah Berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Beribu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain  

Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)