Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ini ada seorang kawan bercerita dia nak beli kereta baru.Katanya akhir tahun selalu syarikat kereta bagi Promosi Akhir Tahun.Aku pun cadangkan ambil kereta jenama Honda.Sudah banyak kali melihat kereta-kereta hebat keluaran Honda di jalanraya. Namun ada sesuatu yang menarik tentang kereta Honda Civic 1.5 yang baharu ini.Seharusnya jenama Honda mendapat tempat pertama di hati pembeli kereta.
HONDA LANCAR CIVIC GENERASI KE-10 – TAWAR “NILAI SEGMEN D” PADA “HARGA SEGMEN C”
· Harga bermula RM113,800, Honda sasar untuk menjual 1,200 unit sebulan
· Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C
· Sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian (6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist)
.
.
Minggu lepas, Alhamdulilah aku dan 14 orang blogger diberi peluang untuk memandu uji Honda Civic 1.5 baharu selama 2 hari 1 malam.Ingat boleh bawa balik.hehe..Aku nasihatkan kawan aku untuk pergi ke Cawangan Honda terdekat untuk pandu uji baru puas hati.Di bawah sedikit panduan pada peminat kereta Honda untuk consider Honda Civic sebagai kereta idaman.
![]() |
Dari kiri Fazrol, Yap Chin Yee dan aku. |
.
Ok jam pun dah menunjukkan 1petang.Laparlah pulak.Kami makan di Closer Cafe Mutiara Damansara. Cafe western ni memang sedap.
Perjalanan diteruskan ke Parkir Setia City Convention Centre untuk aktiviti menguji Vehicle Stability Assist ( VSA ).Perjalanan mengambil masa sejam jugalah tapi tak terasa sebab perut kenyang mata pun dan lali..Boleh rujuk di Video 1dan Video 2 ujian VSA.
.
.
.
Menguji Mode Sport + Turbocharger
Patah balik ke Kuala Lumpur dan pergi lunch di The Garage Ampang. Lunch kat sini best cafe Western juga.Lokasi menarik dan makanan yang sedap.
Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:
· - Remote Engine Start
· - Walk Away Auto Lock
· - Electric Parking Brake
· - Auto Brake Hold
Aspek keselamatan yang amat penting. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:
· - 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
· - Vehicle Stability Assist (VSA)
· - Anti-Lock Braking System (ABS)
· - Electronic Brake Distribution (EBD)
· - Brake Assist (BA)
· - Hill Start Assist (HSA)
· - Emergency Stop Signal (ESS)
· - ISOFIX
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.myuntuk meneroka ciri-cirinya yang menarik.