Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Aplikasi Terbaru Tabung Haji Menggunakan Telefon Pintar !

$
0
0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama bersawang blog ini hampir 4 bulan tak update yoo..
Semalam pergi Tabung Haji Kelana Jaya nak buka akaun Tabung Haji untuk anak yang baru lahir.Ingatkan hari Sabtu tak buka rupanya Sabtu minggu pertama buka.Kebetulan bertembung dengan waris-waris yang nak hantar ibu bapa pergi Haji.Penuh parking terpaksa parking berbayar.

Buku pun baru dulu warna Kuning


Sambil buka akaun baru terus daftarkan sekali anak-anak untuk daftar Haji.Setelah ditambah dan dicampur tahun peruntukan haji untuk ketiga-tiga anak pada tahun 2104.Perghhh....lebih kurang 88 tahun dari sekarang.Takpelah yang penting dah daftar haji ada rezeki boleh pergi awal.Ibu bapanya awal sikit tahun 2077.InshaAllah ada rezeki boleh pegi awal juga.

Dalam masa yang sama akak kaunter tu bagi aku risalah tentang aplikasi terbaru Tabung Haji menggunakan Telefon Pintar.Dalam aplikasi Thijari itu ada diberitahu tentang :

Info Tabung Haji
- Informasi berkaitan Tabung Haji

Info Haji 1437H
- Kursus Asas Haji
- Kursus Intensif Haji
- Kursus Perdana Haji
- Kursus Khas
- Penerbangan Haji Pergi dan Balik

Kelab TaHa/TaHa@U
- Aktiviti untuk pelajar sekolah dan mahasiswa

e-THIJARI
- Perkhidmatan On-line daripada Tabung Haji

Deposit
- Pindahan Simpanan antara akaun TH
- Semakan baki akaun
- Kemaskini Maklumat Akaun
- Permohonan penyata akaun
- Pendaftaran Kelab TaHa/TaHa@u
- Semakan Keahlian Kelab TaHa/TaHa@U

Haji 
- Pendaftaran Haji
- Semakan Pendaftaran Haji/Tawaran Haji
Cetakan slip pendaftaran

Semua ini boleh dilakukan di laman web www.e-thijari.com.my
Tapi sebelum itu pendeposit Tabung Haji mesti dapatkan dahulu nombor PIN di kaunter Tabung Haji untuk mengaktifkan akaun e-THIJARI anda.

Panduan muat turun THIJARI di telefon pintar

a) Pilih aplikasi Playstore atau Apps Store
b) Taip THIJARI di ruang carian dan pilih THIJARI (Beta)
c) Pilih " Install "
d) Berikut pilih " Accept "




Viewing all articles
Browse latest Browse all 158