Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Pengalaman Kali Kedua Jatuh Dari Motor

$
0
0
Isnin petang minggu lepas aku mengalami kemalangan kecil di laluan motor Federal Highway sebelum susur keluar ke Jalan Templer.Ikutkan ini pengalaman kedua aku jatuh dari motor.3 tahun lepas aku jatuh motor sebelum ke tempat kerja.

Alhamdulilah tiada melibatkan orang lain aku sendiri yang jatuh tergelincir sebab masa itu hujan renyai.Ironinya aku balik lewat sikit sebab tunggu hujan renyai sebelum tu Shah Alam hujan lebat.Hari itu plak aku tukar pakai selipar kebiasaannya hujan atau tidak aku pakai kasut.Orang kata benda nak jadikan ada hikmahnya tu.

Aku pun balik macam biasa lalu laluan motor menghala ke Bangsar, sampai sebelum terowong Jalan Templer aku nampak macam motor depan brek dan air bertakung aku pun dengan pantas brek mengejut terus terjatuh ke tepi longkang.Time tu kepala aku biul dan aku dapat rasa ada orang tolong angkat aku dan ada yang bagi isyarat kecemasan.Aku pun duduk dan tenangkan diri di tepi.Terima kasih Ram yang banyak tolong aku dan beberapa orang lagi.Ram tanya aku boleh bangun tak dan tanya no telefon yang perlu dihubungi.Aku bagi no wife tak dapat plak call engage.

15 minit juga le aku duduk situ dan apabila dah cool aku cakap Ram ok saya boleh bawa motor sebab saya nak amik wife di TM.Kebetulan Ram pun nak ambil wife dia di TM.Dia follow aku dari belakang dan aku pun bawa motor yang barai tu tapi masih boleh bawa cuma handle pemijak kaki out dah.Tayar dan absorber pun perlu tukar tu.

Sampai di TM aku telefon wife suruh turun cepat, eh boleh pulak dah turun wife aku buat slumber plak padahal aku cakap accident.Padahal aku tau dalam hati di cuak tu saja tunjuk cool.Aku dan wife pun terus ke klinik.Perghh nurse tu cuci luka mau tau le pedihnya macam mana.Luka di kaki kiri dalam sikit.Kena cucuk lagi di lengan.Alhamdulilah syukur pada Allah tiada perkara teruk yang berlaku.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)