Quantcast
Channel: Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 158

Bergaya Dengan Jam Tangan Dari Zalora Ke Pejabat

$
0
0
Ada 4 benda yang aku akan buat sebagai rutin harian bila hendak ke pejabat.Masukkan dompet, kunci rumah/motor, handphone dan paling penting Jam Tangan.Jam tangan paling penting kalau tertinggal memang akan rasa ralat sangat satu hari itu.Aku tulis tangan kanan tapi pakai jam tangan kiri. 

Jam tangan merupakan aksesori penting bagi lelaki maskulin seperti aku apabila pergi kerja ataupun bersiar-siar. Setiap pemilihan pakaian dan aksesori jam tangan haruslah dititikberatkan. 

Baru ini aku ada survey pilihan jam tangan di Laman Web Zalora.Macam ada yang berkenan dalam hati.Rambang mata sampai banyak sangat pilihan Jam Tangan untuk dipilih. Banyak jenis-jenis jam tangan lelaki yang sesuai digayakan untuk ke pejabat dan paling sesuai digayakan dengan pakaian formal.Barulah masa meeting boleh letak tangan atas meja saja. 

Ok aku dah senarai pendekkan jam tangan yang menjadi pilihan aku selepas survey. 

Pilihan 1 

Untuk pilihan pertama, jam tangan analog bertali kulit merupakan pilihan klasik yang sememangnya menjadi pilihan utama! Jam tangan jenis ini menjadikan si pemakai ( Akulah itu ) kelihatan berada di kelas yang tersediri! 


Pilihan 2 



Gayakan juga jam tangan chronograph yang bertali sintetic seperti di atasPilihan jam tangan seperti ini menjadikan aku lebih kelihatan maskulin dari biasa 

Pilihan 3 



Akhir sekali pilihan aku adalah jam tangan bertali besi. Tidak kira sama ada analog atau choronograph, jam tangan bertali besi merupakan pilihan terbaik bagi aku yang ingin tampil lebih elegan. Selain pemilihan pakaian yang sesuai termasuk padanan tali leher dan kasut.Kalau meeting barulah orang boleh bagi projek sebab nampak kemas dan bertrampilan. 

Kalau korang diberi pilihan antara 3 jam tangan ini korang pilih yang mana ? Bantu aku untuk buat pilihan… 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 158