Baru-baru ini aku terlihat status dan gambar resit yang di upload oleh rakan Parit Buntar di Facebook miliknya.Situasi ini berlaku sendiri ke atas rakan.Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di resit.
Adakah ini strategi pasaraya besar mengaut keuntungan ?
Harga Ocean 4pcs dipamer adalah RM27.90.Harga resit selepas dibayar RM29.90.Perbezaan RM2.00.Itu baru seorang yang kena RM2.00 kalau 100 orang ? Kalau orang yang jenis detail mesti akan periksa setiap barang yang dibeli.Tapi kalau banyak barang yang dibeli susah juga nak periksa satu persatu.
Aku up kan status itu di Facebook dan ada rakan yang yang pernah berhadapan dengan situasi ini.Ada yang beri cadangan pergi laporkan ke customer service untuk pemulangan baki bayaran.Cuba bayangkan yang beli tu jenis yang tak periksa langsung ataupun orang veteran yang tiada masa nak belek satu-satu.
Tak tahulah ini salah pengurusan pasaraya ataupun staff yang update harga setiap hari.Bagi aku perkara ini tak perlu berlaku kerana mesti ada supervisor yang perlu memantau harga setiap hari.Adakah ada agenda tersembunyi ? Dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak memberangsangkan sepatutnya agenda ini mesti dihentikan.Jangan ditekan lagi rakyat kebanyakkan.
Macam mana pula strategi promosi harga sebenar RM29.00 tapi bila promosi RM28.99 ?
![]() |
Harga dipamer RM27.90 Kredit gambar Zamri Keciks |