Salah satu tempat Nasi Campur Murah Di Subang Jaya adalah di Wisma Consplant.Hanya sesuai untuk bungkus makan tengah hari .Yang uniknya hanya guna kereta untuk menghidangkan lauk pauk.Pakcik ini dikenali dengan panggilan ' Wak '.Aku pasti Wak mesti mempunyai pelanggan tetap.
Apa yang aku dapat pastikan pelanggan Wak berbilang kaum tak kira bangsa ada Cina,Melayu, India malahan ' warga asing ' pun ada yang beli.
![]() |
Nasi Campur Murah |
Jarak office ke tempat pakcik ini lebih kurang 10 minit, sampai-sampai bukan main ramai orang dah beratur. Kalau datang selepas pukul 1 tengah hari, jawabnya memang dah habislah lauk.Ada hari-hari tertentu ada Nasi Ayam.Wak juga ada buat tempahan jika ada yang nak buat jamuan makan di office ke.
![]() |
Nasi Murah Di Subang Jaya |
Landmark adalah di sebelah Maybank Wisma Consplant.
G01, West Tower, Ground Floor, Wisma Consplant, 1, 2, Jln SS16/4, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Cuba teka berapa harga makanan ini ? |